Khamis, 2 Mac 2017

Petronas jual 50% saham kepada Arab Saudi..!!



Mungkin di dalam kamus sesetengah rakyat Malaysia menarik pelaburan bermaksud menjual negara. Sudahlah fakta pun tak betul kemudian nak sebar berita palsu kerajaan jual saham Petronas. Petronas masih 100% milik kerajaan Malaysia di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974.

Petronas menjual 50% pegangan di dalam projek hiliran (downstream) RAPID di Pengerang bukannya menjual syarikat Petronas itu sendiri. 

Aramco, syarikat minyak milik penuh Arab Saudi (sama macam Petronas) dijangka melabur USD7 billion atau lebih RM30 billion untuk membeli 50% pegangan saham projek RAPID.

Selepas segala syarat-syarat dan kebenaran regulatori selesai, Aramco dan Petronas akan masing-masing memegang 50% saham aset dan joint ventures (JV) tertentu.

Selain daripada perjanjian jual-beli saham projek RAPID, Saudi juga akan membekalkan 70% daripada bekalan minyak mentah untuk diproses dan apabila beroperasi (dijangka 2019) nanti, refinery di Kompleks Integrasi Pengerang (PIC) di mana RAPID ini terletak akan mempunyai kapasiti memproses minyak mentah kepada produk petroleum sebanyak 300 ribu tong sehari.

Pelaburan seperti ini bukan sahaja akan menambah peluang pekerjaan di dalam bidang kejuruteraan dan teknikal tetapi juga membuka luas peluang perniagaan kepada rakyat tempatan Pengerang khususnya dan rakyat Johor dan Malaysia umumnya. Ini pun nak dipanggil sebagai menjual negara?

China datang melabur, kerajaan jual negara. Arab Saudi datang melabur pun kerajaan jual negara?

Singapura mempunyai saiz pelaburan terbesar di Malaysia iaitu RM132 billion diikuti oleh Jepun dengan saiz pelaburan sejumlah RM76 billion dan Belanda dengan saiz pelaburan RM54 billion. Adakah kita menjual negara atau aset negara kepada negara tersebut? Saiz pelaburan langsung asing di dalam Malaysia pada 2016 adalah RM654 billion. Adakah ini bermaksud kerajaan sejak dari dulu sudah menjual RM654 billion aset negara kepada negara asing?

Selangor dan Pulau Pinang pada tahun lepas menarik pelaburan asing dalam bidang pembuatan masing-masing berjumlah RM2.2 billion dan RM2.8 billion. Kenapa Otai BERSIH tak cakap mereka menjual aset negeri?

Mungkin ini bayangan sekiranya pembangkang menang pilihanraya mereka akan mengamalkan polisi memencilkan diri (isolationism), tidak mahu berdagang dan melabur serta menerima pelaburan dengan dan dari negara-negara asing.

Double standard penyokong taksub pembangkang. Bila kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang tarik pelaburan asing dikatakan pengurusan ekonomi yang bagus. Bila kerajaan di bawah BN tarik pelaburan dikatakan jual negara. 

Perkara positif seperti pelaburan Aramco di Pengerang pun nak dipolitikkan. Saya rasa orang seperti mereka ini lebih rela tengok ekonomi Malaysia jahanam daripada terus berkembang dan maju.

Kredit - Syahir

Rujukan:

1. SAUDI ARAMCO, PETRONAS SIGN SHARE PURCHASE AGREEMENT FOR EQUITY PARTICIPATION IN MALAYSIA’S RAPID DOWNSTREAM PROJECT: 

2. Kedudukan Pelaburan Asing Antarabangsa 2016: 

3. Projects Approved by States - MIDA: 





Lagi - Rupanya Singapura Yang Bekal Petrol Diesel Selama Ini Walaupun Mereka Tiada Minyak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...