Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, remaja itu akan didakwa di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana positif amphetamine.
Menurutnya, kertas siasatan di bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 pula telah disiapkan dan telah dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.