Khamis, 2 Mac 2017

PENJELASAN KEPADA ISU SENARAI PRODUK TIDAK HALAL




Viral dakwaan produk tidak halal kembali bertiup kencang di alam maya.

Untuk makluman pengguna, viral ini merupakan isu kitar semula yang mula tersebar sekitar tahun 2007 hingga kini.

Bukan itu sahaja, malahan berdasarkan siasatan dan makluman bersama Bahagian Hab Halal JAKIM dan Kementerian Kesihatan Malaysia, penggunaan nama Dr. Safurah Hj Jaafar merupakan suatu fitnah terhadap beliau yang tidak pernah sama sekali mengeluarkan kenyataan seperti yang viral tersebut.

Berdasarkan pemerhatian kami di Bahagian Hab Halal JAKIM, tidak kesemua produk berkenaan tidak mempunyai Sijil/Logo Pengesahan Halal Malaysia atau luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Pengguna dinasihatkan agar memilih produk yang mempunyai Logo/Sijil Pengesahan Halal Malaysia atau Logo halal luar negara yg diikitiraf oleh JAKIM

Untuk mengetahui produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia atau logo halal luar negara yang diikitiraf oleh JAKIM boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau telefon pintar myjakim.

Kemaskini terbaru logo dan badan pensijilan halal luar negara terkini pada 3 Ogos 2016.

Harap maklum dan terima kasih.

Unit Hal Ehwal Korporat
Bahagian Hab Halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

  📧pr_halal.islam@1govuc.gov.my
 ☎ 03-8892 5000/1

#YAKINIHALALMALAYSIA
#AMALKAN 3 S
#SEMAK_SEBELUM_SEBAR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...