Sabtu, 4 Mac 2017

HARGA BAHAN API SISTEM SILING MINGGUAN: KPDNKK MEREPEK..!!!



enyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hamzah Zainuddin bahawa harga siling bahan api akan diumumkan setiap minggu mulai bulan depan menimbulkan persoalan sejauh mana sistem ini telah dikaji dan sesuai untuk dilaksanakan.

Kerangka utama penentuan harga siling mingguan ini sangat misteri. Mustahil untuk peruncit dan syarikat minyak boleh membuat keuntungan kecuali kerajaan meletakkan harga siling yang agak tinggi berbanding sistem sekarang.

Masalah dengan harga siling mingguan ialah peruncit akan berhadapan dengan kerugian apabila bahan api yang dibeli minggu ini pada harga yang tinggi terpaksa dijual pada minggu hadapan dengan harga yang rendah. Justeru harga siling yang tinggi ini perlu bagi membolehkan peruncit dan syarikat minyak memanipulasi margin keuntungan antara minggu.

Jadi mustahil untuk kita mendapat harga runcit sama seperti penetapan harga siling bulanan. Jauh bermimpi untuk mendapat harga lebih murah.

KPDNKK perlu faham di negara-negara yang mengamalkan harga bahan mingguan seperti United Kingdom, Australia dan Singapura mereka tidak mengamalkan sistem harga siling.

Mereka mengamalkan pasaran bebas sepenuhnya, harga ditentukan oleh syarikat minyak sendiri. Kerajaan hanya mengawal dari kaedah mengenakan cukai keuntungan yang tinggi ke atas syarikat minyak terbabit.

Jika KPDNKK melaksanakan sistem harga siling mingguan ini, ia akan menyebabkan peningkatan kadar inflasi yang tidak terkawal.

KPDNKK mungkin perlu mengkaji keperluan membawa masuk semula Petrol RON 92 yang lebih murah jika masih sesuai. Khabarnya Singapura dan banyak negara masih menggunakan Petrol RON 92 ini.- MYKMU.NET

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...