Sepasang warga tua di Hong Kong, di usia 60-an, diberitakan dikerat,
diasin dan dimasak selepas dibunuh anak mereka sendiri serta rakannya,
South China Morning Post melaporkan.
Anak pasangan itu Henry
Chau Hoi-leung, 30, mengaku bersalah melakukan pembunuhan tersebut, di
Mahkamah First Instance, semalam.
Menurut pendakwaraya Michael
Arthur, Henry Chau dan rakannya Tse Chun-kei, 36, telah merancang
pembunuhan itu berbulan lamanya dan telah membeli pisau, peti sejuk,
ketuhar gelombang mikro dan periuk nasi, lapor harian tersebut.
Kepala dan organ Chau Wing-ki, 65, serta isteri Siu Yuet-yee, 62,
ditemui dalam dua peti sejuk pada 15 Mac, manakala kotak cebisan mayat
mereka diasin dan dipek di dalam bekas makanan.
Pasangan warga tua itu telah dibunuh pada 1 Mac tahun lepas.
Chau Wing-ki and Siu dilihat masih hidup pada 1 Mac, melalui rakaman
CCTV, memasuki bangunan di Tai Kok Tsui bersama Henry Chau.
Menurut pendakwaraya, Henry Chau meninggalkan bangunan kira-kira 20 minit kemudian.
Dia ke hospital bagi mendapatkan rawatan untuk luka di tangannya, yang
didakwa pendakwaraya kesan daripada pergelutan dengan ayahnya, harian
tersebut melaporkan.
Mahkamah dimaklumkan bahawa Henry Chau
melaporkan kepada polis tiga hari kemudian bahawa ibu bapanya didapati
hilang setelah pergi ke tanah besar "untuk berseronok."
“Tetapi
pada masa sama, Henry Chau menghantar mesej WhatsApp dari dalam balai
polis kepada rakannya di mana dia mengaku membunuh ibu bapanya dan
memerlukan lebih masa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada
rakan-rakan sebelum menjalani hukuman penjara seumur hidup, pendakwaraya
berkata,” harian itu melaporkan.
Selepas menahan kedua-dua
suspek pada 15 Mac, polis menggeledah pangsapuri di 38 Fuk Chak Street
di Tai Kok Tsui dan menemui mayat yang dikerat-kerat itu.
Harian itu melaporkan bahawa polis juga menemui nota dan resit yang
menunjukkan pasangan suspek itu telah merancang pembunuhan tersebut pada
November 2012.
Selepas penahanan mereka, Henry Chau
memberitahu polis dia membunuh ibu bapanya kerana tidak lagi berasa
sayang terhadap mereka.
Chau yang mengaku melakukan pembunuhan
itu turut menuduh Tse mengerat mayat selain mengasinkan dan dan
memasukkannya ke dalam kotak kerana “tidak muat dalam peti sejuk.”
“Satu lagi cara yang didakwanya Tse lakukan ialah memasak bahagian
mayat. Katanya, Tse kelihatan seperti "mencincang daging babi barbeku",
sebelum memasukkan cebisan mayat ke dalam kotak nasi bersama nasi dan
membuangnya ke dalam tong sampah,” lapor harian tersebut.
Tse, walau bagaimanapun, menafikan penglibatannya di dalam pembunuhan itu.
Dia berkata dalam temu bual video dengan polis bahawa Henry Chau
menunjukkannya sebuah kotak dengan tangan manusia dan bahagian tubuh
yang lain.
Dia kemudian diberi amaran selepas melihat kotak dan
bahagian tubuh itu bahawa sukar untuk Tse meyakinkan orang ramai yang
dia tidak terlibat mengerat mayat tersebut.
Perbicaraan bersambung hari ini.
Sumber - http://www.astroawani.com
Halaman
- Laman utama
- Bajet Jabatan Perdana Menteri
- Isu Semasa - ALTANTUYA
- Isu Semasa - Rosmah Mansor
- ISU SEMASA - CINCIN RM 24 JUTA
- PERMATA
- Isu Semasa - LYNAS
- Isu Semasa - PTPTN
- Isu Semasa - KAPAL SELAM SCORPENE
- Derma RM2.6b
- Kronologi Derma RM2.6B
- Forest City JB
- PENGKALAN TUDM SG BESI TERGADAI KEPADA CHINA..??
- Geely Beli Proton? Sebelum Marah, Ini Anda Kena Tahu
- Petronas jual 50% saham kepada Arab Saudi..!!
- Alhamdulillah...kini segalanya semakin jelas siapa yang BENAR siapa yang SALAH..
- SURAT TERBUKA UTK UMAT ISLAM MALAYSIA
- Mesti Tonton : iFiles Anwar Ibrahim Manusia Pelbagai Wajah