Ahad, 11 Februari 2018

#RAFIZI &  #NFC APA ISU SEBENARNYA..?? 




S1. Apa yang terjadi?
J. Rafizi disabitkan melanggar akta kerahsiaan perbankan disebabkan oleh pendedahan beliau mengenai penyata akaun bank pihak lain dalam sidang akhbar (SA) pada 12 Mac 2012.

S2. Tahun 2012? Tetapi ini adalah 2018. Kenapa begitu lewat hal ini diselesaikan?
J. Hal ini terjadi kerana Rafizi terus menunda perbicaraan tersebut. Dia mencabar untuk mengubah hakim, dia mencabar undang-undang untuk mengatakan perbuatan BAFIA tidak berperlembagaan. Dan apabila dia kalah, dia membuat rayuan dan telah menyebabkan terjadinya penangguhan kepada kes BAFIA sebenar selama bertahun-tahun.

S3. Apa yang dia dedahkan di SA tersebut?
J. Beliau mengatakan bahawa syarikat National Feedlot Corp Sdn Bhd (NFC Sdn Bhd) telah menggunakan sebahagian daripada pinjaman mudah yang bernilai RM250 juta daripada pihak kerajaan untuk membeli sebuah kondominium mewah.

S4. Ya Tuhanku! Adakah ia benar?
J. Ianya sama sekali TIDAK BENAR. Oleh itu, NFC Sdn Bhd telah menfailkan saman fitnah yang berasingan terhadap SA pada hari yang sama terhadap Rafizi selepas beliau turut didapati berbohong mengenai isu tersebut. Rafizi juga diperintahkan supaya membayar ganti rugi RM300 ribu kepada NFC.

Rafizi bakal dibicara atas kes fitnah Tabung Haji


KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dibicarakan atas tuduhan memfitnah Tabung Haji (TH) di laman Facebooknya 2 tahun lalu.

Keputusan itu dibuat beberapa jam selepas naib presiden PKR itu disabit bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia).

Majistret Umzarul An Nur Umar hari ini menolak bantahan awal Rafizi bagi membatalkan kes fitnah jenayahnya atas dasar majistret tidak memeriksa aduan Ketua Pegawai Operasi TH, Datuk Rozaida Omar terhadap wakil rakyat itu.

Rafizi, bekas kerani bank dipenjara 30 bulan dedah penyata akaun NFC


SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan terhadap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli atas kesalahan mendedahkan penyata akaun bank anak syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) dan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, pada 2012.

Hakim Zamri Bakar mendapati Rafizi dan seorang lagi tertuduh, Johari Mohamad yang juga bekas kerani bank bersalah di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia) kerana mendedahkan penyata akaun NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Salleh.

“Kedua-dua tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan,” katanya dalam penghakiman ringkas.

Saman NFC - Rafizi sasar RM300,000 tetapi kumpul RM1.5 juta

 


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendapat lebih RM1.5 juta hasil sumbangan orang ramai melalui rayuannya untuk mengumpul RM300,000 bagi membayar kos dan ganti rugi dalam saman National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).

Naib presiden PKR itu berkata, seramai 7,435 penderma daripada pelbagai lapisan masyarakat membalas rayuannya dengan menyumbang RM1,585,014.49 hanya dalam tempoh 10 hari. Jumlah itu 5 kali ganda lebih banyak daripada wang yang diperlukan untuk membayar NFC.

Rafizi diperintah bayar RM150,000 kepada Pengerusi NFCorp


KUALA LUMPUR: Mohd Rafizi Ramli hari ini diperintahkan membayar ganti rugi RM200,000 kepada Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan syarikatnya kerana memfitnah berhubung pembelian hartanah di KL Eco City, Bangsar.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Azizul Azmi Adnan membuat keputusan itu selepas membenarkan saman Mohamad Salleh dan NFCorp terhadap Rafizi, yang merupakan defendan pertama.

Azizul memerintahkan Naib Presiden PKR itu membayar ganti rugi RM150,000 kepada Mohamad Salleh dan RM50,000 kepada syarikatnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...