Isnin, 29 Mei 2017

Dakwa Pelancong Bawa Duit Palsu, "Tak Faham Bahasa Cina Jangan Buat Cerita," Netizen Tampil Terjemah Maksud Percakapan Dalam Video



Sejak semalam telah tersebar dua buah video yang menjadi viral di media sosial di mana memaparkan gelagat pelancong luar negara yang datang ke Malaysia dan ada yang menuduh mereka ini membawa masuk duit palsu ke negara kita.

Video-video berkenaan telah dimuatnaik dengan kapsyen berbunyi "ni sudah Danger,,,
Di China segalanya serba mungkin. Counterfeit bukan setakat produk2 berjenama, matawang dari serata pelusuk dunia pun depa boleh hasilkan. Boleh lingkup negara kita kalau kastam/immigeresen tak cek betul2 kemasukan pelancong2 ni."




Sehingga kini video tersebut telah dikongsi melebihi 16,000 kali oleh pengguna Facebook.

Video berkenaan pada awalnya menimbulkan kemarahan netizen yang percaya wang berkenaan adalah betul wang palsu, namun keadaan itu tidak kekal lama selepas ada netizen yang faham percakapan mereka di dalam video telah tampil menjelaskan apa yang terjadi dan maksud perkataan yang pelancong dari China itu ucapkan.

Ternyata apa yang dituduh adalah meleset, menurut netizen, mereka datang membawa wang RM50,000 seorang di mana ia adalah hasil pemberian daripada majikan mereka yang merupakan seorang jutawan Multi Level Marketing (MLM) di China dan datang ke Malaysia untuk membeli emas atas tujuan pelaburan. (mungkin bonus jualan mereka)

Jom tengok apa kata netizen.








Apapun, ini adalah penjelasan daripada netizen yang apa yang pelancong di dalam video berkenaan tuturkan. - Siakapkeli.my

Ahad, 28 Mei 2017

KDN panggil Ketua Pengarang akhbar The Star





KUALA NERUS: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memanggil Ketua Pengarang sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang didakwa tidak sensitif kepada umat Islam di negara ini. 

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim, berkata pihaknya amat kecewa terhadap tindakan akhbar terbabit yang memaparkan gambar umat Islam sedang menunaikan solat Tarawih pada malam pertama Ramadan sambil tajuk muka depannya 'Malaysian terrorist leader'.

Katanya, KDN akan memanggil Ketua Pengarang akhbar terbabit bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan mereka yang disifatkannya sebagai tidak sensitif terhadap umat Islam di negara ini.

"Esok kita akan panggil Ketua Pengarang akhbar berkenaan untuk mendengar penjelasan mereka berhubung penyiaran gambar dan tajuk di muka depannya hari ini."

Jika KDN tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan, tindakan selanjutnya akan diambil termasuk mengeluarkan surat tunjuk sebab," katanya ditemui pada Program Penerapan Nilai-Nai Murni Timbalan Perdana Menteri bersama warga KDN, di sini, hari ini. 

Alwi berkata, tindakan akhbar terbabit sangat mengecewakan lebih-lebih lagi KDN sudah memanggil pengurusan syarikat akhbar terbabit pada 23 Mei untuk memberikan garis panduan mengenai penerbitan yang sepatutnya dikeluarkan. 

"Bagaimanapun, apa yang mereka keluarkan hari ini adalah sangat mendukacitakan," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/287369?m=1

Akhbar The Star Mohon Maaf Kepada Umat Islam

 


We are sorry

We refer to the front page of The Star on Saturday May 27.

It has been the practice of The Star to respect the first day of Ramadan every year and to place the picture of Muslims at the first terawih prayers on the front page of the paper. This has been done over the last decade or so.

This year, there was an unfortunate coincidence of the lead story being of a terrorist leader, that led to many linking the headline and the picture, which was never the intention of the newspaper.

On hindsight, The Star should have been more discerning and sensitive to the feelings of our Muslim readers.

We sincerely apologise for the error of judgment on our part.

Akhbar The Star Harus Minta Maaf Kepada Umat Islam



KENYATAAN AKHBAR 

Akhbar harian The Star digesa meminta maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini kerana menyiarkan tajuk berita utama berkenaan 'pengganas' disertai dengan gambar umat Islam sedang bersolat terawih di halaman muka depannya bertarikh 27 Mei 2017.

Meskipun tajuk berita tiada kena mengena dengan gambar tersebut, ia boleh menyebabkan orang ramai  tersalah tafsir apa yang disiarkan akhbar The Star seolah-olah merujuk pengganas kepada orang Islam dengan meletakkan kedua-dua berita dan gambar tersebut dalam satu muka surat besar di halaman depan.

The Star sebagai salah satu akhbar 'senior' berbahasa Inggeris utama di Malaysia sepatutnya lebih peka dengan sensitiviti di negara ini yang majoriti rakyatnya beragama Islam lebih-lebih lagi dengan banyak insiden keganasan yang terjadi di luar negara kini.Tambahan pula umat lslam  menyambut hari pertama bulan ramadan, bulan mulia umat lslam.

Sama ada penyiaran muka depan akhbar itu disengajakan atau tidak, saya menggesa pengarang The Star untuk meminta maaf dengan seluruh umat Islam dan berjanji akan lebih sensitif dalam menyampaikan berita bagi mengelakkan tercetusnya ketegangan dalam komuniti berbilang kaum di negara ini lebih-lebih lagi memberi persepsi yang salah tentang agama Islam.

Saya juga menggesa pihak berwajib yang bertanggungjawab untuk melakukan pemantauan dalam memastikan tiada berita yang boleh mencetuskan kemarahan mana-mana agama dan kaum disiarkan.

Sesungguhnya media yang merupakan medium penyampaian berita memainkan peranan yang sangat penting dalam menyampaikan laporan yang tepat dan tidak mengelirukan kepada rakyat.

Khamis, 18 Mei 2017

Inflasi Di Venezuela, Telur Sampai RM650 Untuk Sedozen!





(harga ini diambil dari laporan CNN August 2016 Venezuela: Where flour, pasta and milk can cost a month’s pay)
Ini merupakan antara harga barangan asas yang dijual dipasaran gelap (black market) di Venezuela. Venezuela telah berhadapan dengan inflasi (bahasa mudah, kenaikan harga barang) sebanyak 800% rekod untuk tahun 2016 iaitu paling tinggi pernah dicatat oleh sebuah Negara dan dijangka meningkat sehingga 2200% pada 2017 mengikut laporanVox May 2016 “How Venezuela’s socialist dream collapsed into a nightmare”. Bunyi macam fiksyen tetapi ini adalah realiti yang terpaksa di telan oleh rakyat Venezuela.


Suasana penjualan barangan asas di kaki lima (pasaran gelap) seperti telur, susu dan sabun. Gambar diambil dari The Telegraph: Venezuela’s ‘socialist paradise’ turns into a nightmare.
Ianya bermula apabila Hugo Chaves dipilih oleh rakyat Venezuela untuk memegang takhta sebagai Presiden Venezuela pada 1998. Beliau telah mencetuskan “Bolivarian Revolution” iaitu dasar sosialis dimana salah satu dasar yang beliau perkenalkan adalah dengan mengawal harga barangan supaya ia tidak membebankan rakyat bawahan. Terdapat 6000 barangan berupa makanan, barangan asas dan juga ubat-ubatan telah dikenakan kawalan harga dan tindakan akan diambil jika pekedai atau syarikat didapati menaikkan harga barang dan tidak mematuhi harga yang ditetapkan kerajaan.
Menarikkan? Mana tak menariknya apabila tiada kenaikan harga langsung! Pada masa itu beliau diangkat sebagai hero oleh rakyat beliau. Dirai dan dijulang setinggi tingginya.Tapi pernahkah kita fikir kesannya pada jangka masa panjang? Mari kita dalami dan buat penilaian.
Hasil daripada dasar kawalan harga yang dibuat, margin keuntungan pengeluar atau syarikat pembekal menjadi kecil dan secara perlahan mereka ini mula mengecilkan jumlah pengeluaran dan menukar bidang perniagaan kerana margin keuntungan yang kecil. Ini telah menyebabkan pembekalan barangan asas menjadi kurang dimana permintaannya masih lagi tinggi. Dengan permintaan yang tinggi makapasaran gelap telah muncul sebagai salah satu alternative untuk mendapatkan barangan asas dimana kerajaan tidak mempunyai kawalan terhadap harga barangan yang dijual dan harganya? Nauzubillah, nak beli telur dah macam nak beli telefon pintar Samsung Galaxy J5.




Atas: Rak yang kosong yang sepatutnya menjual tisu toilet, tuala wanita dan juga sabun
Bawah: Keadaan diluar pasaraya tempatan yang penuh dengan penduduk yang beratur untuk mendapatkan barangan asas. Gambar diambil dari The Telegraph: Venezuela’s ‘socialist paradise’ turns into a nightmare.
Rakyat Venezuela juga mempunyai pilihan untuk membeli dipasaraya2 besar dan juga pasaraya milik kerajaan yang harganya dikawal tetapi mereka perlu beratur panjang seharian semata-mata ingin mendapatkan tisu tandas atau tuala wanita dan itu pun kalau stoknya mencukupi untuk semua. Dia punya beratur dah macam ada rusuhan. Dah beli satu hal, nak balik pun kena berhati-hati supaya tidak dirompak.
Ini tak bercakap tentang kadar kematian lagi akibat dari kekurangan ubat ubatan dan juga kegagalan hospital untuk berfungsi. Sedih! Tetapi inilah realiti kehidupan rakyat disebuah negara yang kaya dengan hasil minyak dimana harga minyaknya adalah yang paling rendah didunia dan mereka juga tidak terbeban dengan kenaikan harga barang tetapi akhirnya terpaksa mengemis dan bergolok gadai untuk membeli sedozen telur atau pun segulung tisu tandas. Selamat menilai.

Rabu, 17 Mei 2017

Harga petrol dan diesel akan naik minggu ini...??




Harga minyak meningkat $3 daripada $48 kepada $51 per barrel sepanjang 5 hari yang lepas selepas berita bahawa Saudi dan Russia bersetuju untuk meneruskan pemotongan pengeluaran minyak mentah untuk menyeimbangkan pasaran minyak.

Produk MOPS95 juga meningkat seiring dengan kenaikan harga minyak mentah daripada $62 ke $65 per barrel.

Dalam masa yang sama Ringgit mengukuh sedikit berbanding US Dollar daripada 4.34 kepada 4.31.

Mengikut pengiraan kasar saya, harga RON95 sepatutnya akan naik 8 sen. Ada kemungkinan lebih rendah ada kemungkinan lebih tinggi. Yang saya agak pasti, harga petrol dan diesel akan naik.

Sempat lagi kalau nak penuhkan tangki minyak kalau rasa boleh tahan seminggu.

SYAHIR 

Rujukan:

1. Brent Crude Oil: Bloomberg: https://www.bloomberg.com/quote/CO1:COM

2. USDMYR: Bloomberg: https://www.bloomberg.com/quote/USDMYR:CUR

3. Saudi Arabia, Russia push to extend oil output cut until March 2018: Reuters: http://www.reuters.com/article/us-opec-saudi-russia-idUSKCN18B06K


*Mkini now says that 1MDB will make huge profits*




Mkini's former business editor and co-owner of Kinibiz (which failed and was closed down) just wrote an article with the title "Here’s how gov’t can make RM90b from Bandar Malaysia".

Basically, he is saying that the development of Bandar Malaysia has great prospects and 1MDB will end up making a lot of money - enough money to repay all its debts (which they allege people had songlap) and still have great profits (which they again allege that govt can songlap in future).

For so long, Pakatan and their friendly portals have been saying that govt will go bankrupt because of 1MDB's debts (which is already substantially repaid with the rest taken care of) and that govt has to use GST, use fuel subsidies, use sugar price bla bla bla to bail out and that this debt will be a burden on your next generation and the generation after that.

_But now the Pakatan folks are saying that Govt will make huge profits on 1MDB and there is no more debt that will be a burden on your next generation and the generation after that or need to bail-out?_

Please... make up your mind. 

Which is which? You are making your supporters confused.

Govt going bankrupt or not going bankrupt but make huge profits instead?

But at least this article also pointed out that 1MDB had to pay RM2.7 billion to build/upgrade 8 military bases as payment for the Bandar Malaysia land - which completely destroys their previous argument that 1MDB got the land free or super-cheap!

BTW, this article also justifies that 1MDB borrowing to develop their projects will mean that eventually 1MDB will make huge profits and repay their debts - just like how any other business out there does it.

Kredit - #LSS.

http://www.malaysiakini.com/columns/382332

Katakan hai kepada WannaCry.

.

Pakar-pakar keselamatan komputer diseluruh dunia mengelarkan ia sebagai sebuah serangan siber berskala besar paling teruk yang pernah berlaku dalam sejarah pengkomputeran.

Rujuk: 


.
.
1. Apakah yang dilakukan oleh WannaCry?

Penyerang telah menyebarkan ransomware (rujuk nota kaki apa itu ransomware?) yang dikenali sebagai WannaCry, kepada sistem komputer, pelayan (server) dan juga rangkaian peribadi diseluruh dunia.

Apabila sebuah sistem telah dijangkiti oleh serangan ini, penyerang akan mengunci/menyulitkan (encrypt) kesemua fail-fail yang ada di dalamnya dan sebuah tetingkap pop-up akan muncul dengan arahan mengenai cara untuk mangsa membayar jumlah wang tebusan sebanyak $300 bagi mangsa mendapatkan semula akses kepada fail-fail tersebut .

Pembayaran hanya diterima dalam bentuk Bitcoin 

Pop-up tersebut juga turut memaparkan dua jam undur; iaitu satu menunjukkan tarikh akhir tiga hari sebelum jumlah wang tebusan akan digandakan kepada $600 dan satu lagi menunjukkan tarikh akhir fail-fail mangsa akan di 'delete' buat selama-lamanya!
(Rujuk Gambar 1).
.
.
.
2. Bagaimana ianya boleh berlaku?

WannaCry mensasarkan kelemahan sistem operasi Microsoft Windows yang digunakan secara meluas diseluruh dunia.

Manakala perisian untuk membuat serangan itu adalah menggunakan salah satu senjata perisikan (windows exploit) oleh NSA yang dikenali sebagai EternalBlue yang telah bocor/dicuri.

Sekumpulan penggodam yang dikenali sebagai Shadow Brokers telah mempublikkan exploit ini kepada umum pada bulan lepas. 

*Terima kasih Shadow Brokers~*sarcasm*

Walaupun pihak Microsoft telah mengeluarkan patch keselamatan untuk menghadapi kelemahan ini pada bulan Mac, namun seperti biasa, tidak semua syarikat pada kebiasaannya akan mengemaskini sistem mereka secara automatik, kerana umum mengetahui “windows updates’ boleh menyebabkan kegagalan pada ‘legacy software’ yang masih digunakan oleh kebanyakkan syarikat. 

Selain itu faktor saiz bagi syarikat yang berskala besar dimana mereka memerlukan masa untuk menganalisa kesan dari kemaskini daripada windows update juga telah merencatkan proses kemaskini patch yang diperkenalkan oleh Microsoft.
.
.
.
3. Sejauh mana kesan kerosakan daripada WannaCry?

Dikala ini, ianya telah menjangkiti 200,000 sistem komputer di 150 negara sejak jumaat lepas dan negara seperti Rusia, Ukraine dan Taiwan sebagai sasaran utama.

Menurut Europol, agensi penguat kuasa undang-undang Eropah, FedEx, Nissan, Deutsche Bahn, Bank Negara Rusia, Keretapi Rusia, Kementerian Dalam Negeri Rusia, Megafon and Telefónica.dan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan United Kingdom adalah antara mangsa yang terkesan teruk dengan serangan WannaCry.


(Rujuk Gambar 3: Papan waktu ketibaan dan pelepasan di lapangan terbang di Jerman yang telah dijangkiti oleh WannaCry)

(Rujuk Gambar 4: Di UK, hospital telah dilumpuhkan oleh serangan siber ini yang telah memaksa banyak operasi dibatalkan dan ambulans juga terpaksa dilencongkan kerana tiada lagi maklumat data yang tepat untuk dirujuk.)
.
.
4. Siapa yang terdedah?

Sesiapa sahaja yang tidak mengemaskini PC yang mempunyai system operasi Microsoft Windows mereka baru-baru ini. 

Ya sesiapa sahaja termasuklah anda!
.
.
5. Bagaimana untuk mengelakkan diri anda daripada diserang
Ikuti langkah-langkah berikut:

1. Matikan perkhidmatan Server Message Block pada komputer anda.
2. Install patch Microsoft (Link: Sila download mengikut system operasi anda)
3. Backup segala data/fail anda yang penting di tempat lain seperti external hard disk, pendrive, ataupun Cloud services seperti Google Drive dan Dropbox.
4. Install semua kemas kini Windows yang terkini.
5. Gunakan perisian keselamatan(antivirus) yang berwibawa/dikemaskini untuk mencegah serangan pada masa depan.

Sekian.

Rujukan:







Nota kaki 1:

Apa itu Ransomware?

Ransomware yang mengabungkan perkataan ransom + software adalah merupakan sejenis serangan siber yang direka oleh penyerang(baca hackers) bagi menguasai/mengunci sistem komputer dan fail fail peribadi yang ada didalamnya sehinggalah bayaran yang dituntut oleh penyerang dibuat oleh mangsa.

p/s: Kalau laptop/pc office anda takde ransomware over the weekend..belanjalah budak IT dep tu kopi secawan dua..huhu

Kredit - #KhairulAzri

RM366 Bilion Najib Bawakan Untuk Malaysia Dalam Masa 7 Bulan






Jumlah RM366 bilion adalah satu angka yang besar, dan ia merupakan jumlah pelaburan yang dibawa masuk ke Malaysia oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepanjang tempoh tujuh bulan ini, dari November 2016 hingga Mei 2017.

Jangan terkejut dengan angka berkenaan. Angka ini diperolehi hasil hubungan baik yang dijalinkan dengan negara negara terbabit.

Daripada jumlah berkenaan, RM175 adalah pelaburan dari China, hasil dua lawatan Najib ke negara berkenaan pada November tahun lepas dan beberapa hari lepas, manakala RM31 bilion pula adalah pelaburan dari Arab Saudi selepas kunjungan rasmi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud pada Februari lepas.

Sementara baki RM160 bilion pula dicapai hasil lawatan rasmi Najib ke India pada bulan April lalu. 

Ia merupakan satu usaha yang baik daripada Najib,  tatkala pertumbuhan ekonomi dunia perlahan ketika ini. Sewaktu pihak pembangkang ghairah mahu mensabotaj ekonomi negara, sebaliknya pelaburan terus masuk ke negara ini.

Dan ternyata jumlah pelaburan yang besar itu telah melenyapkan tuduhan bahawa Malaysia akan bankrap, hendak muflis dan negara gagal seperti yang bermain di mulut pembangkang selama ini. 

Apa yang pasti ia menunjukkan kemenangan politik bagi Najib tatkala beliau diserang oleh bertubi tubi oleh pembangkang.

Tuduhan-tuduhan tidak munasabah melibatkan 1MDB serta sumbangan derma RM2.6 bilion yang diterima daripada Arab dibuat pembangkang kerana cemburu dengan kejayaan yang dicapai oleh Perdana Menteri .

Apabila kejayaan itu dicapai, sudah tentu ia merupakan satu kegagalan kepada pembangkang yang selama ini menabur pelbagai cerita buruk. 

Sehingga kini tuduhan-tuduhan tidak masuk akal itu terus mereka sebarkan walaupun kita tahu semua tuduhan berkenaan telah diperjelaskan dan telah dijawab berkali kali.

Hakikatnya, melalui kerjasama dengan negara-negara seperti China, Arab Saudi dan India itu, ia menunjukkan bahawa negara luar menaruh keyakinan penuh terhadap kestabilan ekonomi dan politik di Malaysia.

Pemimpin negara luar percaya dan yakin dengan kepimpinan Datuk Seri Najib memimpin Malaysia. Maka benarlah ramalan Financial Times & Economist pada awal Januari 2017 lepas bahawa Barisan Nasional akan terus memenangi Putrajaya pada PRU14 nanti.

Oleh kerana yakin, Najib dan BN akan terus menerajui Putrajaya lah, China, India dan Arab Saudi melabur sampai RM366 billion di Malaysia.

Pada masa yang sama ia meletakkan hubungan dua hala antara Malaysia dengan negara luar pada kedudukan yang terbaik dan pada tahap yang tertinggi.

Jumlah pelaburan berkenaan dicapai dalam masa tujuh bulan sahaja, bayangkan kalau sampai hujung tahun? Tentu jumlahnya semakin meningkat dan bayangkanlah betapa banyak peluang pekerjaan yang dapat diwujudkan kepada rakyat.

Mengikut piawaian Bank Negara, Malaysia berada pada landasan yang betul dalam landskap ekonomi yang mampu bertahan dan pengurusan kewangan negara yang terkawal. 

Najib telah buktikan bahawa sifat sabar disusuli dengan strategi yang betul akhirnya menunjukkan hasil yang yang cukup impresif.

Tiada siapa boleh menafikan pelaburan yang dibawa masuk oleh beliau. Ia juga adalah tanda kemenangan kepada rakyat yang menyokong dan mempertahankan beliau daripada serangan pembangkang.

Najib menang lagi. Pembangkang terus lintang pukang di Selangor. Terus bergasak memilih logo, calon PM dan membentuk organisasi mereka. Najib terus mara ke hadapan, mencari pelaburan dan membina masa depan.


Apa Sebenarnya Pakatan Harapan Mahu?



Tony Pua menuduh kerajaan “mengemis” kepada China supaya menbangunkan Bandar Malaysia. Mereka juga menuduh kerajaan menjual negara kepada China.

Apapun kerajaan lakukan, PakatanproDAP ini tetap akan mengkritik kerana tidak dapat menerima realiti.

Mereka mahu satu konsortium syarikat tempatan diberi projek ini tetapi jika ia berlaku, mereka akan menuduh ini satu “bail-out”.    

Apabila perjanjian dengan syarikat China dibatalkan, mereka juga mengutuk kerajaan. Jika satu perjanjian baru dapat dibuat, pasti itu juga akan dikecam.Buat perjanjian salah, batalkan salah, perjanjian baru pun salah. Apa sebenarnya yang mereka mahu? 

Kredit - Rozmi Mokhtar

#PakatanproDAP

Isnin, 15 Mei 2017

IRSYAD AL-FATWA KE-11: SAMBUTAN HARI IBU DAN BAPA



Soalan 11: Adakah kita dibenarkan menyambut perayaan seperti Hari Ibu dan Hari Bapa? Jika boleh, apakah panduan untuk merayakannya?

Jawapan:

Firman Allah SWT: 
وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلْوَ‌ٰلِدَيْنِ إِحْسَـٰنًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ ٱلْكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا ﴿٢٣﴾ وَٱخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرًا ﴿٢٤﴾ رَّبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا فِى نُفُوسِكُمْ ۚ إِن تَكُونُوا۟ صَـٰلِحِينَ فَإِنَّهُۥ كَانَ لِلْأَوَّ‌ٰبِينَ غَفُورًا ﴿٢٥﴾

Maksudnya: Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil. Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu. Jika kamu orang-orang yang baik, maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaub

(Surah al-Isra’: 23-25)

Ayat di atas menunjukkan tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapanya iaitu mendoakan kesejahteraan mereka, berbuat baik, memberi bantuan yang sewajarnya sebagai mengenang dan membalas jasa ibu bapa atas pengorbanan mereka yang tidak ternilai.

Berkenaan dengan sambutan Hari Bapa atau Hari Ibu, suka dinyatakan bahawa:

·         Saya melihat isu seperti ini lebih kepada istilah sahaja di mana hakikat perayaan dalam Islam hanya dua, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji.

·         Berkenaan dengan memuliakan ibu bapa, ia tidak terhad pada masa atau tarikh tertentu. Malah kewajipannya adalah berpanjangan dan berkekalan sepanjang hayat. Justeru, perayaan seperti ini lebih menghampiri pengaruh Barat yang terpaksa mewujudkan perayaan bagi menghormati ibu dan bapa. Sedangkan bagi orang Islam, anjuran supaya memuliakan dan menghormati kedua ibu bapa sebenarnya sudah dititikberatkan di dalam al-Quran dan al-Sunnah Nabi SAW, tanpa terikat dengan masa dan tempat. 

Saya tidak menganggap bahawa merayakan Hari Ibu dan Hari Bapa sebagai perkara yang tidak dibolehkan. Tetapi hendaklah dengan menepati beberapa syarat:

·       Menganggap Hari Ibu atau Hari Bapa sebagai penghormatan tambahan buat mereka, bukannya menyempitkan skop menghormati mereka hanya pada tarikh tersebut.

·       Tidak menjadikan ia sebagai satu bentuk perayaan dengan ertikata perayaan keagamaan, tetapi sebagai sambutan secara adat sahaja.

Sewajarnya seseorang Islam sentiasa menghormati ibubapa dan pada saat yang sama memahami ajaran Islam supaya ketaatannya sentiasa selaras dengan syariat Islam.

Akhukum Fillah,

Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

Sabtu, 13 Mei 2017

Al-Qur’an Tidak Larang Homoseksual – Afiq M Noor






Putrajaya: Muhammad Afiq Mohamad Noor, bekas peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, berpendapat bahawa ulama’ sering berat sebelah apabila mengeluarkan hukum terhadap perbuatan LGBT bahawa perbuatan ini adalah salah kerana merujuk kepada kisah kaum Nabi Lut di dalam Qur’an. 

Menurutnya keseluruhan kaum Nabi Lut telah diazab kerana perbuatan mereka melawan Nabi mereka dan bukan kerana kesalahan homoseksual. 

Ini kerana cerita Nabi Lut sering disebut seiringan dengan kisah Nabi-Nabi lain. Contoh yang diberikannya, kaum Nabi Salleh diazab kesemuanya kerana membunuh seekor unta betina. 

Nyata hukum membunuh seekor unta pada zaman sekarang ini, mengikut ulama tidak sama seperti hukum untuk LGBT.

 Jadi membunuh unta itu, bukan satu kesalahan tetapi perbuatan melawan Nabi Salleh itu yang menjadi satu kesalahan yang dihukum Allah. 

“Apabila Allah mengazab kaum Nabi Salleh kerana seekor unta betina yang dibunuh tidak pula ulama’ mengeluarkan hukum terhadap pembunuhan unta tetapi prinsip yang sama tidak digunakan dalam kes Nabi Lut”, tegas Muhammad Afiq. 

Menurut Afiq, umat Islam sering berpendapat bahawa LGBT itu adalah satu perbuatan yang bercanggah dengan Islam dan itulah satu-satunya pendapat yang ada, sedangkan terdapat juga pendapat yang lain

“Jika kita bercerita tentang LGBT dari perspektif Islam seolah-olah ada hanya satu pendapat iaitu LGBT, ini adalah satu perbuatan yang bercanggah dengan Islam. Itu yang kita semua faham”, kata Afiq. 

Menurut Afiq, tafsiran kepada hadith juga merupakan andaian manusia dan tidak semestinya menyatakan realiti sebenar. 

Beliau memetik hadis dari Anas bin Malik yang berbunyi, “Dari Anas bin Malik RA, bahwa seorang lelaki berada di sisi Nabi SAW, maka seorang lelaki (lain) melintasinya, dan ia berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mencintai orang ini.”

 Maka Nabi SAW bertanya, “Apakah kamu telah memberitahukannya?'” Ia menjawab, “Belum”, lalu beliau bersabda, “Beritahukanlah kepadanya. ” (Perawi) berkata, “Maka orang (yang di sisi Nabi SAW) itu mengejarnya, seraya berkata, “Aku mencintaimu kerana Allah.” Orang itu menjawab, “Semoga yang kerana-Nya kamu mencintaiku akan mencintaimu.”

 “Bila kita baca hadith, ianya macam satu cerita pendek, kadang-kadang kita tak tahu kenapa Rasulullah sebut macam itu, kadang-kadang ianya merupakan andaian manusia,tetapi maksud hadith ini kita tidak tahu, adakah dia suka orang itu sebagai sahabat ataupun “macam-macam” suka dia”, ujar Afiq lagi. Afiq menyatakan pendapat beliau bahawa terdapat khilaf dalam isu LGBT dan jika seseorang itu beranggapan bahawa hanya terdapat satu hukum iaitu haram maka jelas orang itu salah.

 Tambah beliau lagi, liwat adalah tidak sama dengan perbuatan homoseksual,ini kerana bagi beliau liwat adalah satu usaha untuk merogol atau mencederakan dengan tujuan menghina dan bukan sesuatu yang dilakukan atas prinsip suka sama suka.

 “Saya tak jumpa satu hadith spesifik tentang hukuman homoseksual, tak ada, tetapi untuk hukuman liwat ada.”



 


MESTI BACA,HARINI DALAM SEJARAH - KEBENARAN 13 MEI



PERBAHASAN BAJET 2011 PERINGKAT DASAR DI DEWAN RAKYAT OLEH Y.B KULIM BANDAR BAHARU 28 OKTOBER 2010

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Pembahas yang ke-100,

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.


Tuan Zulkifli bin Nordin [Kulim Bandar Baharu]: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua, sudah banyak hari tunggu. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, Alhamdulillah...

[Membaca sepotong doa]


Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk turut sama dalam

perbahasan Belanjawan atau Bajet Negara 2011 ini yang telah diberi dengan pelbagai

label oleh beberapa orang yang sudah berucap. Ada yang memanggilnya ‘bajet seluar

dalam’, ada yang panggil ‘bajet kelambu’. Jadi saya berharap, kegiatan, perbuatan

suka melabel dengan menghina ini dapat dihentikan. Kerana tidak membawa manfaat

kepada sesiapa pun. Saya teringat beberapa tahun dahulu mereka ini suka melabel

orang. Saya pernah ingat seorang pemimpin UMNO dilabel dengan gelaran ‘al–Juburi’.

Hari ini sudah jadi kawan. Jadi kita perlu ingat hendak mengkritik jangan terlampau

melampau, berpada-pada. Hendak memuji pun jangan melampau-lampau biar berpadapada.


Itu yang Islam ajar kita. Senang sangat hendak melabel orang dengan pelbagai

label yang menghina. Kita harap perkara ini dapat dihentikan untuk kebaikan negara

dan umat sendiri insya-Allah.


Dalam bajet kali ini Tuan Yang di-Pertua, Gagasan 1Malaysia disebut beberapa

kali. Saya khuatir Tuan Yang di-Pertua gagasan ini telah disalah tafsir apabila melihat

iklan sinar lebaran Aidilfitri lepas terbitan TV3 dengan lebai pak santa bawa basikal

macam Santa Claus menyalakan pelita di atas bunga lotus. Ini memberi gambaran

bahawa Gagasan 1Malaysia ini memang disalahtafsirkan dan salah mengertikan. Saya

kira sangat penting supaya kerajaan memberikan tafsiran sebenar apa dia 1Malaysia.

Saya baru-baru ini pergi ke Jordan antara tempat yang saya lawat, dia ada

slogan iaitu ‘Jordan First’. Saya ingat ini satu slogan yang baik untuk dikaji di mana

‘Jordan First’ bermakna negara dahulu rakyat diutamakan. Maknanya siapa juga, dia

kerajaankah, pembangkangkah, NGOkah siapa pun apabila tiba soal negara, dia

dahulukan negara dia. Tidak seperti yang berlaku sekarang apabila ke luar negara,

maki hamun negara sendiri, caci negara sendiri, kritik negara sendiri.


Saya teringat baru-baru ini saya pergi ke Palestin di Gaza di hadapan Perdana

Menteri Ismail Haniyeh sama-sama kita berbalah tentang hal dalaman parti. Jadi saya

nampak muka Perdana Menteri Ismail Haniyeh kata, “Aku sudah ada masalah besar

dengan Israel ini, kau datang cerita pasal parti kau”. Jadi saya ingat slogan ataupun

konsep 1Malaysia ini perlu diperjelaskan bahawa maksudnya ialah negara didahulukan,

rakyat kita utamakan. Jadi siapa juga kita, kita pergi keluar berjumpa dengan siapa pun

dahulukan negara. Sebab ada cubaan untuk membawa konsep 1Malaysia ini ke satu

konsep Malaysian Malaysia. Semua orang sama, semua agama sama macam iklan

TV3. Sampai dia cacamerba habis semua agama. Hak sama, kedudukan sama.

Saya ingin menegaskan soal persamaan tidak timbul kerana tunggak negara

iaitu Perlembagaan Malaysia sendiri yang menjadi undang-undang utama negara,

Perlembagaan itu sendiri discriminatory. Ianya sendiri discriminatory tetapi

discriminatory positive. Di mana Perlembagaan sendiri discriminate antara rakyat iaitu

agama Islam dan bangsa Melayu dilebihkan, itu kedudukan dalam Perlembagaan. Itu

kita tidak boleh nafikan. Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan, Artikel 11(4) Artikel 12(4)

Artikel 76, Jadual Kesembilan, Senarai 2, Artikel 211A, Artikel 150, Artikel 160. Ini

peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang jelas meletakkan yang discriminate agama

dan kaum lain dengan agama Islam dan bangsa Melayu. Ini hakikat dalam negara ini.


Contohnya bahasa Melayu, bahasa Melayu bahasa kebangsaan, dia discriminate dari

bahasa lain. Kita tidak boleh kata sama. Tidak boleh samakan bahasa Melayu dengan

bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Inggeris sebab bahasa Melayu bahasa

Perlembagaan yang didaulatkan oleh Perlembagaan.

Akan tetapi malang setelah 50 tahun lebih, ada yang tidak faham lagi bahasa

Melayu. Tengok Yang Berhormat Ipoh Timur tadi. Merujuk kepada kata-kata Perdana

Menteri dia putarkannya ayat itu, tengok ini bahasa racist, bahasa yang hendak bawa

kepada peperangan. Ini jenis yang tidak faham bahasa Melayu. Duduk Malaysia lama,

peribahasa pun tidak faham. Ia hanya gambaran bahawa orang Melayu atau sesiapa

yang sebut akan mempertahankan ke titisan darah terakhir, akan pertahankan sehingga

bercerai badan, tangan dan kaki. Ini peribahasa, menunjukkan kita akan berjuang

habis-habisan.


Saya hendak ingatkan Yang Berhormat Ipoh Timur, apa parti dia sebut pada

tahun 1969. Peristiwa berdarah 1969. Ini parti dia sebut sendiri dalam rekod negara.

“Hold high the Red Flag of Martyrs and carry out revolution to the end, to die for the

people is as heavy as the mountain of Tai”.

Ini kenyataan yang dibuat oleh parti Yang Berhormat Ipoh Timur tahun 1969,

rekod dalam Arkib Negara, pergi baca. Mana lebih bahaya ayat seperti itu dengan

peribahasa yang digunakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri?


Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan kenyataan bahawa Perlembagaan

telah jelas memahat hak dan kedudukan istimewa agama Islam dan bangsa Melayu.

Sudah jelas sudah. Tidak boleh dipersoalkan malahan benar tidak boleh dipinda pun

kecuali dengan persetujuan kesembilan Raja-raja Melayu tapi yang penting Tuan Yang

di-Pertua, bukan soal pemahatan hak dan kedudukan istimewa itu tetapi adalah soal

penterjemahan dan pelaksanaan hak dan kedudukan istimewa itu.

Hari ini kita tengok bagaimana serangan dibuat terhadap institusi Raja-raja

Melayu secara terbuka. Institusi Mahkamah Syariah, institusi berkuasa seperti Polis

Diraja Malaysia, SPRM, kehakiman diserang. Kita lihat bagaimana kelihatan sekarang

ini seperti satu amalan double standard apabila seorang belia Cina - Namewee, Wee

Meng Chee, buat blog yang saya telah dedahkan dalam soalan tambahan saya baru baru

ini. Satu penghinaan kepada Islam, kepada bangsa Melayu, kepada pihak

berkuasa tetapi Peguam Negara membuat keputusan, mengikut dalam jawapan

Parlimen, tidak akan mengambil tindakan pendakwaan. Tak akan dakwa langsung,

dilepaskan begitu sahaja tetapi seorang blogger Melayu - Irwan Abdul Rahman, baru

sindir TNB, kena caj di mahkamah. Apabila wartawan majalah - Al-Islam menyamar

pergi ke sebuah gereja hendak tengok kegiatan murtad di kalangan orang Melayu,

mereka dimaki hamun, dihina. Tindakan keras dituntut diambil terhadap mereka tetapi

bila wartawan wanita Cina - Malaysian Insider menyamar masuk menyusup ke

perhimpunan agung orang Melayu pakai tudung macam perempuan Islam, dia katakan

itu cara yang beretika kewartawanan. Apabila kes anak Melayu bakar gereja penjara

bertahun.


Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat Kulim,

laluan.


Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Anak Cina baling surau

dengan arak, cat dengan warna merah, denda. Kejap ya. Pegawai BTN bercakap

tentang hak Melayu, kedudukan Islam dalam perhimpunan tertutup orang Melayu Islam

dimaki hamun, disuruh ambil tindakan tegas tapi bila Presiden MCA mempertikaikan

kedudukan orang Melayu, tidak ada apa tindakan. Jadi bagaimana kita hendak

menyatakan bahawa hak dan kedudukan istimewa orang Melayu, betul terpahat di

dalam Perlembagaan tetapi bagaimana dengan pelaksanaan? Bagaimana dengan

penterjemahannya dalam dasar dan perancangan negara? Sila

.

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Terima kasih Tuan Yang

di-Pertua. Saya hendak dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Kulim Bandar

Baharu, seolah-olah ada satu perancangan yang begitu teliti yang dibuat oleh pihak

tertentu, didalangi oleh badan-badan tertentu, barangkali di peringkat antarabangsa.

Peringkat awal kita lihat bagaimana perancangan begitu teliti cuba merendah-rendahkan

kredibiliti kepimpinan negara, pertama.


Kemudian diturun ke bawah mengkritik agensi penguat kuasa. Polis tidak bagus,

SPRM dibeli, sistem kehakiman tidak telus dan sebagainya. Apabila ada pemimpin

mereka ditangkap, dituduh bahawa kerajaan membeli hakim, polis dibeli dan

sebagainya. Ini seolah-olah ada perancangan yang begitu teliti. Saya hendak tanya

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, apakah ini seolah-olah sudah dirangka begitu

halus oleh golongan tertentu dalam negara ini dan didalangi oleh pihak antarabangsa

.

Tuan Zulkifli bin Nordin [Kulim Bandar Baharu]: Saya akan jawab isu itu bila

saya kupas berkenaan dengan 13 Mei, Yang Berhormat Lenggong.


Hari ini, dalam negara ini seolah-olah umat Islam bangsa Melayu seperti warga kelas kedua,

diketepikan. Hari ini, seolah-olah menjadi satu dosa besar kalau kita bercakap tentang

isu orang Melayu, isu agama Islam, jadi dosa besar dalam negara ini. Sampai orang

kata Pak Janggut pun ketar telur hendak bercakap pasal Islam. Takut. Sebab itu Tuan

Yang di-Pertua, saya berpendapat bahawa cadangan Yang Amat Berhormat Timbalan

Perdana Menteri untuk mewajibkan mata pelajaran Sejarah penting supaya rakyat

diperingatkan semula apa yang berlaku pada sejarah yang lampau supaya menjadi

sempadan kepada kita, menjadi pengajaran, iktibar dan saya cadangkan antara sejarah

penting negara yang perlu didedahkan ialah Peristiwa 13 Mei.Bila cakap tentang 13

Mei mereka akan mengamuk. “Sudah jadi historical, tak boleh, mana boleh cakap ini

cerita, sudah lama”. Pasal apa yang mereka takut sangat? Pasal apa?



Tuan Yang di-Pertua, saya melawat Eropah Timur baru ini. kawasan Bosnia,

Herzegovina, kawasan Slovak, kawasan Kosovo, kawasan bekas perang Balkan. Tiap tiap hari dalam TV saya tengok klip video Holocaust disiarkan diulang-ulang, everyday without fail. Peristiwa Holocaust dibangkitkan, diungkit, dikupas, dicerita, ada video klip.

Malahan bukan itu sahaja, penerbitan, tulisan berkenaan dengan video klip Holocaust ini berlambak-lambak. Malahan sampai hari ini, penjenayah-penjenayah semasa perang dunia kedua terutama yang terlibat dengan Holocaust Tuan Yang di-Pertua, di buru sampai ke lubang cacing. 

Yang sudah tua, merengkok, bertongkat, kaki ketar-ketar berjalan pun dia cari, dia caj di mahkamah. Kenapa masyarakat Eropah masih lagi memainkan cerita Holocaust ini walaupun sudah lama? 

Cerita hitam, sejarah hitam mereka kerana hendak mengingatkan generasi sekarang, kalau kamu buat perangai

sama yang macam tahun 40-an, itulah yang akan berlaku. Jadi apa salahnya kita

memperingatkan rakyat tentang peristiwa 13 Mei?





Tuan Yang di-Pertua, saya cuba hendak buat research tentang peristiwa 13 Mei.

Saya terkejut ada tiga buku sahaja. Pasal 13 Mei ada tiga buku sahaja. Laporan

MAGERAN - Laporan Rasmi, buku tulisan Almarhum Tunku Abdul Rahman - Before and

After May 13 dan terbaru tulisan Kua Kia Soong - 13 May. Ini tiga sahaja peristiwa

besar macam itu. Saya baca tentang 13 Mei yang ditulis oleh Kua Kia Soong. Saya

tidak berapa setuju dengan tulisan beliau kerana tulisan beliau adalah analisa bukan

melaporkan fakta. Dia analisa berdasarkan kepada analisa wartawan barat masa itu.

Memanglah, macam sekarang. Dia analisa yang dibuat oleh reporter barat pada

peristiwa itu dahulu. Memanglah akan prejudis tapi Laporan MAGERAN oleh

pemerintah, bertarikh Oktober 1969, buku Almarhum Tunku Abdul Rahman - 13 May

Before and After, buku ini fakta, siap dengan gambar. Kenapa ada golongan tertentu

dalam negara ini takut peristiwa 13 Mei diajar sebagai mata pelajaran Sejarah? Takut

ianya didedahkan kerana kalau kita baca dan saya baca, baru-baru ini saya sembang

dengan kawan-kawan di luar cerita tentang 13 Mei, apa yang saya baca dalam ini,

mereka terkejut. Mereka tidak tahu rupanya itu yang berlaku. Sebabnya mudah sahaja,

mereka takut rakyat tahu warna sebenar mereka. Tembelang mereka sebenarnya,

racisnya, chauvinistnya otak ala komunis yang ada dalam kepala otak mereka itu. Dia

takut rakyat tahu.



Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ambil peluang pada hari ini untuk

menceritakan tentang peristiwa 13 Mei ini daripada laporan fakta yang ada supaya

rakyat tahu kenapa peristiwa itu berlaku. Ia bukan satu peristiwa spontan yang berlaku

pada 13 Mei. Hari itu sahaja, orang Melayu berkumpul dekat Kampung Baru, parang

bakar – ada dengar cerita parang terbang dan tahu-tahu beberapa orang Cina mati

tergolek. Bukan itu, peristiwa ini bermula jauh pada tahun 1957.

Ia bermula pada tahun 1957 lagi. Pada 2 Januari 1957 di Pulau Pinang, apabila

perarakan mengisytiharkan Pulau Pinang sebagai bandar raya yang tidak disertai orang

Melayu yang membantah, orang Melayu dikepung dan cuba dikapak oleh sekumpulan

Cina. Seorang pegawai polis Cina mempertahankan Melayu yang dikepung itu dan

menembak perusuh Cina, maka tension sudah start. Itu tahun 1957.



Pada 1 Mei 1959 di Sungai Pinang, berlaku pergaduhan antara orang Melayu

dengan orang Cina. Ia kemudian merebak dan samseng Cina mula merusuh. Imam

masjid Sungai Pinang panggil mesyuarat orang kampung untuk membuat kawalan.

Kumpulan Cina bersenjata kepung masjid dan berlaku pergaduhan rumah dan kedai

terbakar, pembunuhan berlaku di kedua belah pihak iaitu sepuluh tahun sebelum

peristiwa itu.



Pada 11 Julai 1964 di pasar Bukit Mertajam, seorang pekerja Melayu diketuk

dengan cangkul oleh seorang anak tauke Cina sayur berumur 15 tahun. Dia buat report,

polis lambat ambil tindakan. Dia tidak puas hati, dia pergi lapor kepada Majlis Daerah,

maka beberapa tindakan diambil. Berlaku pergaduhan dan seorang Melayu dibunuh.

Gambar dia ada lagi dalam ini – gambar dia dibunuh. Encik Kasim bin Omar terlentang

atas lantai pasar dibunuh oleh sekumpulan Cina – berlaku tension pada masa itu.



Kemudian, saya ingat lagi pada masa itu sudah mula perasaan tidak puas hati ini

timbul. Baru-baru ini saya ada ceramah di kawasan Kampung Baru. Orang-orang tua di

situ cerita bagaimana terhinanya orang Melayu pada masa itu pergi ke Chow Kit hendak

beli barang daripada Cina. Minta cili, minta bawang, dia tunjuk dengan kaki sahaja – lu

angkat ini. Ini perasaan orang Melayu pada masa itu. Maka episod ketidakpercayaan

sudah mula wujud, tension ketegangan sudah mula wujud sejak itu lagi.



Pada tahun 1969, pilihan raya berlaku. DAP dan GERAKAN main isu

perkauman. Saya hendak sebut pada Tuan Yang di-Pertua, isu yang dimainkan itu

supaya kita tengok balik. Dalam laporan yang dibuat, apa dia kempen atau isu

perkauman yang dimainkan pada masa itu? Di muka surat 21 sehingga 24 Laporan

MAGERAN – sebab saya hendak baca ini Tuan Yang di-Pertua, kerana patennya sama

sahaja dengan hari ini, sebiji sama.



Apa yang berlaku pada tahun 1969? Laporan itu menyebut DAP dan GERAKAN

mempertikai Artikel 153 (Hak dan kedudukan istimewa orang Melayu), mempertikai

status bangsa Melayu sebagai peribumi. Saya tidak lupa kenyataan Ketua Wanita Parti

GERAKAN yang menyatakan orang Melayu pun pendatang, tohmahan orang Melayu

mendapat keistimewaan dan Cina diketepikan terutama di sektor awam. Padahal, itu

tidak betul. Kalau kita baca dalam Laporan MAGERAN, ia menyebut bagaimana

sebenarnya fakta itu tidak betul.

Saya hendak baca fakta yang dikemukakan secara ringkas Tuan Yang di-Pertua,

yang hendak menyatakan bahawa orang Melayu dapat kedudukan istimewa dalam

perkhidmatan awam. Dalam laporan ini di muka surat 22 dan 23 disebut, “Figures

relating to division one government officers by racial group as of 1st November 1968:



Maknanya, pada masa itu fakta yang kata orang yang bukan Melayu diketepikan

dan Melayu dapat keistimewaan tidak betul pada masa itu. Kalau Tuan Yang di-Pertua

tengok sekarang isu yang dikatakan Cina tidak dapat itu, tidak dapat ini, saya hendak

baca kenyataan dalam Malaysian Business isu bulan September 2010. Kenyataan oleh

seorang tokoh korporat Cina sendiri, Tan Sri Liew Kee Sin daripada syarikat SP Setia

Berhad menyatakan bahawa sebenarnya masyarakat Cina di Malaysia mendapat

kedudukan yang baik di bawah polisi pro bumiputera.



Dia beri contoh dalam majalah Forbes disebutkan bahawa di bawah dasar pro

bumiputera ini, syarikat yang dikuasai oleh kaum Cina account for 37% of market

capitalization among the top 300 listed companies compared to bumiputera equity of 7%

dengan izin. “Chinese individuals also control 73% of the wealth owned by the top 40

richest Malaysians and make up eight of the top ten richest Malaysian” dengan izin. “He

pointed out that Chinese small-to-medium enterprises (SMEs) had done very well too,

and that their owners could even afford to buy the multi-million ringgit bungalows built by

his company. “One Chinaman want to build a bungalow of RM40 million!” he said.”

Kenyataan Tan Sri Liew Kee Sin dari SP Setia.

Jadi di mana yang kata tidak dapat keistimewaan dan diketepikan?



 Kemudian

kalau Tuan Yang di-Pertua tengok kenyataan sekarang, ia sama. Pertikai Artikel 153,

tohmah kata orang Melayu dapat keistimewaan lebih, selepas itu kata dia diketepikan.

Sama, same patent by the same people. Oleh orang yang sama yang masih ada lagi di

sini.



Malahan Tuan Yang di-Pertua, pada 15 April 1969, Yang Mulia Almarhum Tunku

Abdul Rahman yang mereka dewa-dewakan sekarang – dia kata apa? Dia bagi amaran

dah masa itu. Tunku memberi amaran – ini dalam Laporan MAGERAN Oktober 1969.

Tunku sebut apa? Tunku memberi amaran kepada DAP supaya tidak mempersoalkan

Artikel 153 jika DAP – di Kuala Pilah Tunku membuat kenyataan ini. Dalam muka surat

24 Laporan MAGERAN, Tunku kata jika DAP berterusan mempertikai Artikel 153,

kekacauan akan berlaku dan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi akan hancur.

Exactly, sebiji apa yang berlaku sekarang – sama paten.

Tuan Yang di-Pertua...



Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Ya,

gulung Yang Berhormat.



Tuan Zulkifli bin Nordin [Kulim Bandar Baharu]: Saya hendak sebut sahaja

apa yang berlaku pada 13 Mei itu untuk menutup. Tuan Yang di-Pertua, cuba Tuan

Yang di-Pertua bayang ini kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka pada

masa itu. Pada 4 Mei 1969 di Kepong, sekumpulan pemuda Cina menconteng grafiti anti

pilihan raya. Polis suruh berhenti dan diserang dengan besi dan lastik besi. Polis

pertahan diri dan tembak mati seorang. Mayat di preserved untuk perarakan pada hari

undi 10 Mei.



Pada 9 Mei 1969 di Kuala Lumpur, perarakan membawa mayat melalui Kuala

Lumpur dan menyebabkan jam, melaungkan slogan ‘Malai Si’ (Melayu Mati) dan slogan

‘Mao Zedong’ termasuk hutang darah dibayar darah. Pada 10 Mei 1969, Pulau Pinang

tumbang, nyaris kalah di Selangor dan Perak. Beberapa kerusi Parlimen tumbang

kepada DAP dan GERAKAN. Perarakan kemenangan dibuat pada 11 Mei 1969 di jalan

BrickfieldS pada pukul lima petang. Dia kata apa? “Apa polis boleh buat? Kita Raja,

buang semua polis Melayu”.



Pada 11 Mei 1969 pukul 8.30 malam di Jalan Bukit Bintang, perarakan DAP –

“Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”. Pada 11 Mei 1969 pukul 10.00 malam di Jalan

Changkat Dollah – “KL sekarang Cina punya”. Pada 12 Mei 1969, satu perarakan di

Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Jalan Hill

masuk ke Kampung Baru dengan 500 skuter. Apa mereka kata? “Melayu balik

kampung, Melayu sudah tiada kuasa. Sekarang kita Cina control.” Bila lalu depan

Kampung Baru mereka kata “Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam sama lu,

sekarang kita ada kuasa”.



Pada 12 Mei 1969 pukul 7.30 petang di pondok polis Jalan Pudu – “Maki polis!

Semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.” Pada 12 Mei 1969 pukul 8.30 malam

di Jalan Bukit Bintang – “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan

Melayu punya, mata-mata lancau.” Pada 12 Mei 1969 pukul 7.00 petang di Jalan Canvel

– “Butoh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu.” Pada malam 12 Mei 1969 di Jalan Bukit

Bintang – “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.” Pada

awal tengah malam 13 Mei 1969 di Kampung Baru – “Maki orang Melayu, Melayu balik

hutan.”



Pada 12 Mei 1999, 9.30 malam, PJ. – “Sekarang kita perintah apa boleh buat?

Melayu balik kampung. Melayu sudah jatuh, MARA boleh keluar. Melayu balik kampung

MARA hendak beri habis.” Tuan Yang di-Pertua, ini yang berlaku pada masa itu.



Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Ya,

baik Yang Berhormat.

Tuan Zulkifli bin Nordin [Kulim Bandar Baharu]: Jadi Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Saya

ada baca buku semua itu. Semua buku saya baca Yang Berhormat.

Tuan Zulkifli bin Nordin [Kulim Bandar Baharu]: Saya tahu, saya tahu, tapi...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]:

Penulisan Tunku Abdul Rahman, Laporan daripada Operation pada 69 itu semua saya

baca.



Tuan Zulkifli bin Nordin [Kulim Bandar Baharu]: Tuan Yang di-Pertua, tidak

semua orang seperti Tuan Yang di-Pertua baca. Oleh sebab itu perkara ini perlu

didedahkan. Cuma satu sahaja Tuan Yang di-Pertua cadangan saya hendak tuntut di

sini. Cadangan saya supaya diperbanyakkan bahan terbitan dan bacaan tentang

peristiwa13 Mei ini. Kemudian selalu ulangkan di televisyen. Ketiga, kempen kesedaran

di sekolah-sekolah berkenaan sejarah khususnya peristiwa 13 Mei ini. Adakan video

klip, gambar-gambar yang disimpan di dalam Arkib Negara semua itu bawa keluar bagi

orang tengok.

Kemudian saya cadangkan supaya ditubuhkan satu suruhanjaya siasat dalang dalang

13 Mei ini. Buat satu kertas putih siasat kepimpinan DAP pada masa itu yang

masih ada lagi pada hari ini. Ini kerana mereka ini orang kata parti chauvinist infested

party. Dia tidak boleh sudah, orang lain semua berubah, dia sahaja tidak berubah.

[Tepuk] Saya tahu ramai DAP yang baik, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Kota

Melaka, Yang Berhormat Rasah. Ini baik-baik saya ingat mereka masuk PKRlah.

[Ketawa] Ataupun kalau dia hendak masuk Islam masuk PAS.



Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Tidak

mengapalah Yang Berhormat, habis masa Yang Berhormat.



Tuan Zulkifli bin Nordin [Kulim Bandar Baharu]: Jadi satu sahaja Tuan Yang

di-Pertua yang saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua perkara ini dirancang. Dia

bukan sahaja tetapi dirancang. Saya paling takut Tuan Yang di-Pertua yang saya

hendak dedahkan pada hari ini sebenarnya Tuan Yang di-Pertua kalau Tuan Yang di-

Pertua tengok rapatnya kepimpinan DAP dengan kepimpinan PKR ini...



Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Baik

Yang Berhormat.



Tuan Zulkifli bin Nordin [Kulim Bandar Baharu]: Satu sahaja Tuan Yang di-

Pertua, sebenarnya yang buat mereka rapat saya rasa kawan-kawan saya di PAS pun

tidak tahu ada perjanjian sulit di antara mereka sekiranya Pakatan Rakyat menang

Kerajaan Persekutuan kuasa autonomi akan diberi kepada Pulau Pinang.



Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Baik

Yang Berhormat.



Tuan Zulkifli bin Nordin [Kulim Bandar Baharu]: Calon-calon Melayu akan

diletakkan di Perak dan di Negeri Sembilan, kalau mereka menang Menteri Besarnya

daripada DAP.



Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Baik

Yang Berhormat masa sudah habis. Yang Berhormat boleh sambung pada

jawatankuasa nantilah.



Tuan Zulkifli bin Nordin [Kulim Bandar Baharu]: Insya-Allah saya pohon Tuan

Yang di-Pertua, supaya perkara ini dipandang berat jangan dipandang enteng kerana

kalau dia hendak berlaku, dia berlaku sekelip mata. Oleh sebab itu saya ambil

kesempatan mengucap terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas kesempatan

yang diberikan. Saya harap akan berlaku perubahan dan kami konsensus BEBAS

mengambil sikap menyokong bajet yang dibentangkan. Terima kasih. [Tepuk]

SUMBER

JANGAN BIAR SEJARAH HITAM INI BERULANG KEMBALI.....!!! 
BERSATULAH MELAYU......!!!!! 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...