Khamis, 13 April 2017

Apa Yang Diterima Oleh Peneroka Felda Yang Tidak Diterima Oleh Orang Lain Hasil Penyenaraian FGV




1. Terdapat dakwaan kononnya peneroka Felda kehilangan wang berikutan penyenaraian FGV dan harga saham menurun. Lim Sian See telah membuat pengiraan semula dan mendapati dakwaan tersebut berbeza dengan realiti sebenarnya.

2. Menurutnya, saham FGV disenaraikan pada harga RM4.55 dan sebaik sahaja selepas penyenaraian, harga saham FGV melonjak sehingga RM5.46. HARGA INI KEKAL MELEPASI PARAS RM4.55 SELAMA 9 BULAN. Harga ini hanya menyusut apabila harga minyak sawit dunia menurun dan pengeluaran yang berkurangan akibat kesan El Nino yang menyebabkan kemarau dan cuaca panas yang luar biasa. Hari ini harga saham FGV adalah RM2.05.

3. Sebaik penyenaraian, Felda meraih kira-kira RM5.5 bilion. Satu pertiga darinya atau RM1.7 bilion terus disalurkan kepada peneroka melalui bonus ‘durian runtuh’. SETIAP KELUARGA FELDA MENERIMA DURIAN RUNTUH SEBANYAK RM15,000.

4. Setiap keluarga juga diberikan PINJAMAN TANPA FAEDAH di mana mereka hanya membayar RM50 sebulan untuk tempoh 72 bulan bagi melanggan 800 saham FGV, atau kos sebanyak RM3,640 bagi setiap keluarga.

5. Sejak disenaraikan, FGV telah MEMBAYAR 8 KALI DIVIDEN berjumlah 44 sen setiap saham, iaitu PULANGAN RM352 bagi 800 saham terbabit.

6. Selain itu, ketika penyenaraian FGV, Felda dan anak syarikatnya memegang hampir 730 juta saham dalam FGV. Daripada dividen 44 sen sahaja, ia menerima RM320 juta. Jumlah ini turut diagihkan dan SETIAP KELUARGA PENEROKA BOLEH MENERIMA SEHINGGA RM2,200.

7. Koperasi Permodalan Felda turut diberikan sejumlah wang dan 200 juta saham semasa penyenaraian FGV. KPF juga menerima sekurang-kurangnya RM90 juta dalam bentuk dividen. Selain itu, KPF juga menerima wang RM2.2 bilion dari FGV selepas penjualan 51% saham Felda Holdings kepada FGV.

8. Maka, dari penyenaraian FGV itu, peneroka menerima manfaat berikut:

1. RM15,000 dalam bentuk BONUS
2. RM2,000 (daripada 800 saham biarpun harga menurun dari RM4.55 kepada RM2.05)
3. RM352 DIVIDEN
4. RM2,200 bayaran dari Felda sebagai DIVIDEN FGV
5. Jumlah yang diagihkan oleh KPF dengan keluarga peneroka

9. Jika dihitung, peneroka menerima perolehan sekurang-kurangnya RM15,552 setiap keluarga, tidak termasuk jumlah yang diagihkan oleh KPF kepada peneroka. TIDAK BENAR JIKA DIKATAKAN PENEROKA RUGI. Wang ini tidak mungkin diperolehi tanpa penyenaraian FGV.

10. PULANGAN HASIL PENYENARAIAN FGV ini adalah tambahan kepada bonus insentif tetap yang diberikan bagi produktiviti dan Hari Raya yang dibayar terus oleh Felda, dengan kali terakhir adalah antara RM300 hingga RM800 bagi setiap keluarga pada Januari 2017 dan bonus RM500 bagi bonus Hari Raya pada Jun 2016.

11. Di sebalik hasutan berterusan pembangkang kononnya peneroka Felda mengalami kerugian, ia sebenarnya adalah fitnah untuk mengapikan kemarahaan orang ramai untuk kepentingan politik mereka kerana kononnya peneroka kehilangan wang akibat dari penyenaraian FGV dan penyusutan harga saham SEDANGKAN REALITINYA PENEROKA MENERIMA SEKURANG-KURANGNYA RM15,500 HASIL PENYENARAIAN FGV.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...