Rabu, 1 Mac 2017

STATUS HALAL MEE RAMEN HOT CHICKEN JENAMA SAMYANG




STATUS HALAL MEE RAMEN HOT CHICKEN JENAMA SAMYANG

Soalan:-

Adakah Mee Ramen Hot Chicken jenama Samyang memiliki Sijil Halal?

Jawapan:-

Untuk makluman, Mee Ramen Hot Chicken jenama Samyang yang berada di pasaran Malaysia merupakan pemegang Sijil Halal Korean Muslim Federation (KMF)

Ianya merupakan badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di Korea.

Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah produk yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan.

Untuk mengetahui logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar myJakim.

Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM juga boleh didapati di FB Bahagian Hab Halal, JAKIM:-bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Ketahui pelbagai persoalan semasa dan status halal produk yang sering menjadi pertanyaan dalam kalangan pengguna di:-bit.ly/FAQHalal

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...