Selasa, 7 Mac 2017

Najib kutuk keputusan Korea Utara menahan rakyat Malaysia.


Perdana Menteri menggesa Korea Utara untuk melepaskan semua rakyat Malaysia dengan segera untuk mengelakkan sebarang persengketaan diplomatik antara kedua-dua negara.
 
Datuk Seri Najib Tun Razak mengutuk dengan sekeras-kerasnya dengan keputusan Korea Utara untuk menghalang rakyat Malaysia dari keluar atau meninggalkan negara tersebut dan telah memanggil mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara.

“Ini perbuatan hina, menahan rakyat kami sebagai tebusan dan ia adalah menyalahi undang-undang antarabangsa dan norma diplomatik.

“Sebagai sebuah negara yang cintakan keamanan, Malaysia komited untuk mengekalkan hubungan baik dengan semua negara.

“Bagaimanapun, melindungi rakyat kita adalah keutamaan saya, dan kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil segala langkah yang perlu apabila mereka diancam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Saya juga telah mengarahkan Ketua Polis Negara untuk menahan semua rakyat Korea Utara di Malaysia dari meninggalkan negara ini sehingga kita diberi jaminan keselamatan untuk semua rakyat Malaysia di Korea Utara.

“Harapan kami adalah untuk penyelesaian yang pantas. Saya menggesa kepimpinan Korea Utara untuk segera membenarkan rakyat Malaysia meninggalkan negara tersebut dan mengelakkan sebarang persengketaan selanjutnya, “katanya

Terjemahan dari The Star
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...