Khamis, 26 Januari 2017

Rafizi FITNAH Tabung Haji lagi...!!

 
Nampaknya Rafizi Ramli masih belum serik dan insaf walaupun sudah terbukti menganiayai saudara seagama yang termakan hasutan dan dakyah beliau sebelum ini bahawa Lembaga Tabung Haji kerugian sehingga tidak cukup duit untuk dibayar semula kepada SEMUA pendeposit sekiranya KESEMUA pendeposit Tabung Haji mengeluarkan deposit serentak beramai-ramai.

Kali ini dengan menggunakan taktik yang sama, memetik angka-angka untuk mengagumkan pemuja-muja yang tak ilmu asas perakaunan, Rafizi Ramli fokus kepada tindakan Tabung Haji menjual saham Perisai Petroleum Teknologi Berhad sebuah syarikat minyak dan gas huluan (upstream) dan penyedia perkhidmatan minyak dan gas: https://www.facebook.com/rafiziramli.keadilan/posts/1397809553586881:0

Apa Rafizi Ramli kata?

"Pada 29 Disember 2016, secara SENYAP-SENYAP Tabung Haji telah melupuskan sebanyak 10.3 juta saham dalam sebuah syarikat minyak bernama Perisai Petroleum Teknologi Berhad (“PERISAI”). Sehari sebelum itu pada 28 Disember 2016, Tabung Haji telah pun menjual 8.8 juta sahamnya di dalam PERISAI."

Saya tak tahu siapa yang Rafizi Ramli nak perbodohkan, Perisai Petroleum selaku syarikat awam tersenarai di Bursa Saham Malaysia mesti melaporkan perubahan material seperti perubahan pegangan saham oleh pemegang saham besar seperti Tabung Haji.

Maklumat perubahan pegangan saham diumumkan di dalam Bursa Malaysia dan boleh diakses oleh sesiapa sahaja yang ada capaian internet: http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/5302965

Jika Tabung Haji secara SENYAP-SENYAP menjual saham Perisai Petroleum bagaimana saya boleh jumpa link dengan maklumat penjualan saham tersebut?

Ini adalah taktik lapuk untuk menakut-nakutkan rakyat terutamanya pendeposit Tabung Haji seolah-olah terdapat urusan pelaburan yang "shady" di belakang tabir yang Tabung Haji cuba sorok.

Kembali kepada persoalan kerugian Tabung Haji di dalam pelaburan syarikat-syarikat minyak dan gas. Tiada siapa jangka harga minyak akan jatuh mendadak pada hujung tahun 2014 sehingga jatuh lebih 70% sepanjang tahun 2015. Warren Buffett, George Soros atau mana-mana pelabur hebat dalam dunia tidak ada seorang pun menjangkakan harga minyak akan jatuh sehingga serendah bawah US$30 setiap tong.

Ini adalah risiko pelaburan yang ditanggung oleh mana-mana badan, agensi, syarikat pengurusan dana dan pelaburan. Yang paling penting secara keseluruhannya Tabung Haji masih mencatatkan keuntungan dan mampu membayar bonus dan bonus haji kepada pendeposit.

Tabung Haji mungkin rugi berpuluh atau beratus juta di melalui pelaburan di dalam sektor minyak dan gas, tetapi Tabung Haji menjana lebih banyak keuntungan daripada sektor lain selain minyak dan gas. Itu lah pentingnya mempelbagaikan (diversify) pelaburan dan bukan hanya menumpukan pelaburan pada suatu sektor atau aset dan instrumen sahaja.

Begitu juga analisis Rafizi Ramli yang menumpukan hanya kepada satu sektor dan mengabaikan pencapaian pelaburan keseluruhan Tabung Haji. Analisis bersifat amatur dengan memetik sedikit angka-angka untuk mengagumkan orang ramai adalah taktik biasa Rafizi Ramli yang patutnya orang ramai dah baca.

Kerugian pelaburan tidak bermaksud ada berlaku salahlaku, penyelewengan, ketirisan seperti digambarkan Rafizi Ramli, jika memang ada wang Tabung Haji disonglap, dicuri atau dirampok sesiapa eloklah dedahkan berserta bukti, bukannya dedahkan apa yang sudah sedia umum dan boleh menjadi tatapan sesiapa sahaja.

Sudahkan anda semua semak akaun Tabung Haji anda? Ada duit anda berkurang (tak termasuk pengeluaran sendiri)? Ada Tabung Haji gagal bayar bonus kepada anda?

Dulu saya pernah terangkan bahawa deposit Lembaga Tabung Haji DIJAMIN oleh kerajaan persekutuan. 100% dijamin mengikut undng-undang negara di bawah Seksyen 24 Akta Tabung Haji: https://www.facebook.com/mohdsyahir21/posts/10210575810249480?match=dGFidW5nIGhhamksc3lhaGlyLHRhYnVuZyxoYWpp

Sekiranya Tabung Haji tak mampu membayar apa apa deposit kepada pendeposit kerajaan akan menanggung dan membayar pengeluaran deposit itu bagi pihak Tabung Haji: https://www.facebook.com/mohdsyahir21/posts/10210585305926866?match=dGFidW5nIGhhamksc3lhaGlyLHRhYnVuZyxoYWpp

Di dalam penyata kewangan kerajaan persekutuan yang telah diaudit sendiri menyatakan bahawa deposit Tabung Haji dijamin oleh kerajaan persekutuan dan dikira sebagai liabiliti luar jangka di dalam akaun kerajaan.

Setakat 31 Disember 2015, kerajaan menjamin RM62.547 billion deposit Tabung Haji, dengan erti kata yang lain sekiranya tiba-tiba Tabung Haji rugi terlalu banyak dan tiba-tiba semua pendeposit mahu mengeluarkan wang mereka secara serentak dan Tabung Haji tak cukup duit untuk tampung pengeluaran tersebut, kerajaan akan menampung kekurangan tersebut.

Jadi saya harap tak ada lagi yang termakan hasutan Rafizi Ramli dan panik dengan terus mengeluarkan wang deposit mereka daripada Tabung Haji sehingga kehilangan giliran menunaikan haji dan hilang peluang untuk mendapat bonus dan bonus haji yang diumumkan Tabung Haji seperti yang berlaku tahun sebelum ini.

Jangan percaya bulat-bulat apa yang anda baca di dalam internet, tak kiralah daripada public figures atau dari siapa pun.

Rujukan: 
1. Facebook Rafizi Ramli: https://www.facebook.com/rafiziramli.keadilan/posts/1397809553586881:0
2. Bursa Announcement Perisai Petroleum: http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/5302965
3. Seksyen 24 Akta Tabung Haji 1995: http://www.agc.gov.my/agcportal/uploads/files/Publications/LOM/MY/Akta%20535.pdf
4. Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2015: http://www.anm.gov.my/index.php/arkib-ag/terbitan/penyata-kewangan-kerajaan-persekutuan/book/83-penyata-kewangan-tahun-2015/4-penyata-kewangan-kerajaan-persekutuan 



Kredit - Syahir
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...